Firman Allah, maksudnya : 'Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya' (surah al-imran 3:8)
1/31/2012
1/29/2012
MATA BERKELIP-KELIP
Perkataan yang pertama terlintas di minda setelah beberapa hari mataku berkelip-kelip..kenapa ye? Apa yang ingin dan bakal terjadi? Ya Allah, risau nya hati ini. Bila telefon ibu di kampung..ibu pun berkata..'oh, kamu hendak menangis tu tapi tidak tahu sebab apa kamu menangis?'...aduh..risaunya hati ini. Mula-mula malas ingin ambil tahu tentang mata kanan bawahku yang berkedip-kedip tetapi bila setiap hari berlakunya perkara yang sama iaitu hampir 4 hari berturut-turut maka hati pun mula lah tertanya-tanya. Walaupun dulu adalah juga terjadinya mataku berkedip namun jangkamasanya tidak lah lama. Paling lama pun sehari sahaja. Aku memang tidak pernah mempedulikannya namun kali ini tidak tahu kenapa ingin aku mengetahuinya. Mungkin sebab aku pernah mendengar perbualan rakan-rakanku tentang mata yang berkedip2/berkelip2 ini.
Ya Allah, janganlah apa-apa berlaku..risau juga hati ini. Namun, aku mula mencari alternatif menjejaki masalah aku ni di www.google.com.my.....banyaklah aku dapat info hasil jejakan ku ini daripada blogger-blogger. Antaranya ialah :-
Jagalah anugerah Allah ini dengan sebaiknya |
Ya Allah, janganlah apa-apa berlaku..risau juga hati ini. Namun, aku mula mencari alternatif menjejaki masalah aku ni di www.google.com.my.....banyaklah aku dapat info hasil jejakan ku ini daripada blogger-blogger. Antaranya ialah :-
'Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia".
Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot
di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata
bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress,
fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga
boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan
yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah
ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini'.
mata adalah anugerah Allah yang tiada tandingannya |
' Penawar kepada masalah ini ialah perbanyakkan berehat dan berzikir pada
Allah. Perbanyakkan juga membaca Al Quran dan terjemahannya agar hati
kita sentiasa tenang apabila membaca ayat-ayat Allah. Moga hati kita
sentiasa diberi ketenangan olehNya. Kalau simptom-simptomnya masih
berterusan anda dicadangkan agar buat pemeriksaan mata kalau masih
mengalami masalah yang sama ( kelopak mata bergerak-gerak).'
Namun begitu, ada jugak aku temui tentang rahsia pergerakan tubuh ini iaitu :-
Alamat Pergerakan Tubuh
- Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
- Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
- Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.
- Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.
- Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.
- Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.
- Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
- Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
- Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.
- Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.
- Bibir bawah bergerak - akan menangis.
- Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
- Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
- Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.
- Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
- Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
- Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
- Telinga bergerak - akan berkelahi.
- Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
- Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
- Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
- Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
- Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
- Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Apapun, secara kesimpulan yang boleh aku rumuskan iaitu sebagai hamba Allah, janganlah kita mempercayai segala perkara-perkara yang khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Apa sahaja yang berlaku adalah datang dari Nya. Sekira ianya berlaku sama seperti kepercayaan tersebut, itu adalah secara kebetulan sahaja. Moga kita dihindari daripada segala kecelakaan baik di dunia mahupun di akhirat. Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)