Topik kali ini adalah mengenai kecil hati..terasa hati...ataupun tersentuh hati....3 perkataan yang mempunyai maksud yang sama. Lazimnya kita akan mendengar atau mungkin kita sendiri yang pernah mengungkapkannya...'aku terasa hati dengan kau lah. sampai hati kau buat aku macam ni. padahal aku adalah kawan baik kau'...pasti anda pernah mengungkap perkataan ini kan.
Kalaulah kita pernah mengecilkan hati kawan-kawan kita, minta lah maaf padanya. Mungkin pelakuan kita tu yang tanpa kita sedari menyebabkan kawan/sedara/orang yang sgt kita sayangi terasa. Tiada kurangnya atau jatuh egonya diri kita bila kita mengungkapkan kata-kata 'MAAF' .....
Cukuplah dengan mengungkapkan perkataan 'maafkan saya'...itu sudah sangat memadai...agar biar sejuk hati orang yang berkecil hati tersebut.
Moga Allah mengampunkan dosa kita. Kita kena ingat bahawa, sekiranya kita mempunyai dosa dengan Allah, kita boleh terus 'direct' memohon ampun kepada Allah. Tetapi, bila kita pernah menyakiti hati orang, sebelum kita mati, pastikan kita memohon maaf pada orang tersebut. Mohon pada Allah, agar dilembutkan hati orang yang dikecilkan hati tersebut dapat memaafkan kita.
Moga Allah mengampunkan dosa kita dan dosa hamba-hamba Nya yang berada di muka bumi ini...amin....
No comments:
Post a Comment