1/26/2012

HUSNUL KHATIMAH

Kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi pada setiap yang bernyawa baik manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.  Tiada siapa yang dapat melarikan diri daripadanya.  

Firman Allah s.w.t
'Setiap yang bernyawa pasti akan mati.  Dan pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu.  Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka ia telah berjaya'
(surah ali 'Imran 3:185)
  
kematian boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu..sudahkah kita bersedia???

Alangkah bahagianya kita andai kita mati dengan pengakhiran yang baik.  Itulah nikmat sebenar bagi mereka yang beriman iaitu diberikan kebenaran yang indah apabila mereka bermujahadah di dalam kesusahan yang singkat semasa di dunia.

Oleh yang demikian, perjalanan kehidupan kita di dunia hendaklah dilengkapi dan berpandukan syariat.  Dengan bekal, ia bakal menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia malahan di akhirat jua bahkan semasa kita menempuh sakaratulmaut.
indahnya kuasa Allah s.w.t

Allah meredhai pemergian kita dari dunia apabila kita beroleh husnul khatimah.  Antara tanda-tanda menemui pengakhiran yang baik ialah : -

1. Mengucapkan syahadat ketika meninggal dunia.

"Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim dengan sanad yang hasan)

2. Mengalir keringat di dahi.

Hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. ." Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya"
(Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi (hasan), Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Meninggal dunia pada malam atau siang Jumaat.

"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad -sahih-)

4. Mati syahid.

5. Mati ketika dalam perang di jalan Allah.

6. Meninggal dunia kerana penyakit tha'un.

"Penyakit tha'un adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Meninggal dunia disebabkan oleh sakit perut.

Rasulullah s.a.w. telah bersaba: "Barangsiapa meninggal dunia kerana sakit perut, maka dia tidak akan diazab di dalam kuburnya?" Orang yang lainnya menjawab: "Benar" (Hadis an-Nasai, at-Tirmizi (hasan))

8. Meninggal dunia kerana tenggelam dan tertimpa keruntuhan.

"Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Wanita yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Meninggal dunia kerana terbakar dan kerana penyakit tumor.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

11. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta yang dirampas.

12. Meninggal dunia kerana penyakit TBC.

"...mati kerana penyakit TBC adalah syahid..." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Meninggal dunia kerana memperatahankan agama dan jiwa.

"Barangsiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid." (Hadis riwayat Abu Daud, An-Nasaie, dan at-Trmizi (sahih))

14. Meninggal dunia dalam berjaga-jaga di jalan Allah.

"Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)." (Hadis riwayat Muslim)

15. Meninggal dunia dalam keadaan berbuat amal soleh.

(Sumber: Ahkamul Janaaiz wa Bida'uha)

Bagaimana caranya untuk kita mendapatkan husnul khatimah? Jawabnya, kenal diri kita sendiri (kita hanya hamba Allah) dan jelas dengan matlamat hidup sebagai hamba-NYA.


Allah telah berfirman,
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku'
(surah al-Dhariyat 51:56)

Kita hendaklah  sentiasa berdoa dan mengharapkan Husnul Khatimah. Itulah target hidup kita. Biarpun kita tidak berjaya dalam kerjaya, tidak berjaya dalam sukan, tidak menjadi kaya raya, tapi jika kita mendapat Husnul Khatimah, maka kita adalah orang yang paling beruntung di antara orang yang beruntung.  Beruntung di sisi Allah adalah sebaik-baik penghormatan yang Allah berikan kepada kita.  Semoga Allah membantu kita semua...amin.....

No comments: