2/18/2012

PERASAAN YANG HADIR....

Assalammualaikum...salam sejahtera..

Alhamdulillah,  bertemu lagi di lembaran  blog saya ini..Maaf andai di dapati susunan ayat saya ini tidak begitu tersusun.  Saya memang tidak berapa mahir dalam penulisan, namun ada cita-cita untuk berkongsi ilmu serta dapat mencoret sesuatu di lembaran ini.

Perasaan yang hadir...kadang-kadang indah..kadang-kadang menyakitkan..kadang-kadang menyedihkan..namun itu semua perlu kita tempuhi juga selagi kita bergelar 'manusia'..Kita memang tidak dapat lari daripada segala macam perasaan tersebut.  Namun kita masih .boleh mengawalnya dengan muhasabah diri masing.  Anggap apa sahaja yang berlaku adalah ujian daripada Allah

Apabila perasaan gembira yang hadir, hendaklah kita panjatkan syukur kepada Allah.  Alhamdulillah.  Bermacam-macam cara kita akan buat sekiranya perkara yang menggembirakan itu hadir dalam hidup kita.  Namun begitu, usah kita lupa kepada Allah kerana segala kegembiraan itu semuanya datang daripada Allah jua.
kesedihan yang berpanjangan boleh memberikan natijah yang buruk

Tetapi, apabila perasaan sedih itu hadir, jangan kita menyalahkan Allah.  Anggaplah itu salah satu ujian daripada Allah.  Allah hendak menguji sejauh mana ketaatan kita kepada Nya..Allah mahu menguji kita sama ada kita redha ataupun tidak.  Sebagai hamba Allah, kita wajib mengawal perasaan sedih itu supaya tiada sebarang implikasi buruk akan berlaku.

Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
Kita hendaklah melatih minta kita untuk melupakan segala kenangan pahit atau yang sedih. Kita  akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Kita tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, namun kita boleh melaksanakannya dengan sedikit demi sedikit. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. Buang perasaan risau yang melampau.
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Kita hendaklah belajar untuk mengawal perasaan risau itu agar dapat menyeimbangkan emosi kita.

3. Belajar rajin bersyukur.
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. Belajar menjadi pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawalah...dan terus ketawa.  Cuba membaca atau menonton cerita-cerita yang lucu agar kita sentiasa dalam keadaan yang gembira.  Dengan cara itu, boleh mengubati perasaan sedih itu sikit demi sikit.  Memang menjadi lumrah manusia, apabila kita membaca cerita-cerita lucu atau pun menonton cerita-cerita yang kelakar pasti kita akan ketawa.  Ceriakanlah diri kita dengan hilaian ketawa kita sendiri.
ketawalah sepuasnya...


6. Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. kita hendaklah sentiasa memikirkan perkara-perkara yang perlu dan baik sahaja. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. 

7. Keraskan hati.
Keraskan hati bermaksud hati kita  mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.

No comments: