2/29/2012

CUBALAH BELAJAR MENGHARGAI ORANG LAIN


senantiasa harum namun tetap akan layu  


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Alhamdulillah bertemu lagi kita di lembaran coretan bunga kasih.  Alhamdulillah, pujian dipanjatkan kepada Illahi yang memberi nafas sehingga saat ini.  Coretan kali ini menjurus ke arah 'Marilah kita bersama-sama cuba menghargai orang lain'.

Coretan ini bukan bertujuan untuk membuka aib orang lain.  Jauh sekali memalukan sesiapa tetapi lebih peringatan kepada diri sendiri dan semua yang membacanya coretan tak seberapa ini.  Penulis iaitu aku merupakan seorang yang bekerjaya.  Kerjaya ku menuntut agar aku menunaikan tanggungjawab ku kepada anak bangsa serta profesion aku sendiri.  Apa yang aku lakukan selama ini adalah ikhlas dan aku bekerja kerana Allah s.w.t. 

Allah s.w.t telah menetapkan kod etika kehidupan yang perlu dijunjung, dihayati, diamalkan, disebarkan dan diperjuangkan oleh kaum muslimin dengan sepenuh jiwa raga dalam keadaan ikhlas kerana Allah s.w.t, meskipun ada orang-orang yang tidak suka, orang-orang yang menghina, orang-orang yang membangkang dan mengadakan perlawanan. Keikhlasan yang diperjuangkan dalam kehidupan dunia ini akan dibawa bersama apabila menemui Tuhan kelak.

Namun, semua orang pasti akan merasa sakit hati, merasa pedih, merasa sedih, merasa terkilan apabila setiap apa yang kita laksanakan diperlekehkan orang lain.  Sehingga sampai satu tahap lain menyebabkan apa yang kita lakukan sudah tidak ikhlas dan dilakukan dengan terpaksa.

Susah sangat ke kita cuba untuk menghargai orang lain.  Tidak perlu penghargaan itu dengan hadiah ataupun apa sahaja berbentuk material.  Cukuplah sekadar perkataan 'terima kasih' bukannya 'ignore' sahaja.  Aku juga manusia biasa.  Bukannya malaikat kerana aku juga mempunyai segala perasaan iaitu sedih, benci, gembira, ketakutan dan sebagainya.  Sudah banyak kali aku cuba memujuk diri sendiri agar senantiasa redha, senantiasa tabah, senantiasa gembira walaupun hati sering gundah gulana.  Tetapi, kadang-kadang aku kalah juga dengan perasaan sendiri.  Aku akan berasa sedih dan aku berdoa agar Allah membukakan hati mereka. Aku tidak mengharapkan hadiah atau apa jua penghargaan..cukup sekadar senyum.  Aku hanya ingin berkongsi rasa sahaja di sini.  Namun, setelah bermuhasabah diri sendiri..aku temui jawapannya...'biarlah apa jua yang kita lakukan, kita laksanakan, kita niatkan semuanya adalah kerana ALlah s.w.t dan bukan kerana orang lain...terima kasih Allah..hidayahMu hadir tatkala diri dihimpit pelbagai musibah dan dugaan....

Moga apa jua yang kita laksanakan dan kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t sahaja.  Allah itu Maha Adil, Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya, Maha segala-galanya.  Dengan Dia sahaja kita meminta dan bermunajat.  Mohonlah apa sahaja daripada Allah kerana tiada yang lain selain Allah sahaja yang boleh mengabulkan permintaan kita. 

Ya Allah, ampunilah dosa hamba-hamba Mu ini beserta dosa-dosa sekelian umat Nabi Muhammad s.a.w sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.  Amin....ya rabbal 'alamin....