11/21/2011

KASIH DAN SAYANG

Kasih kepada Allah...kasih pada ibu dan ayah..kasih pada suami...kasih pada adik beradik..kasih pada anak-anak..kasih pada kawan-kawan...kasih pada saudara seislam...Namun, adakah kasih itu mempunyai sayang? Apakah itu sayang?Apakah itu kasih?Aku masih mencari-cari maksud kasih dan sayang itu...Namun, yang aku pasti cintaku pada Allah melebihi segala-galanya di dunia ini...kerana aku ingin mencari redhaMu ya Allah...

Islam sangat menekankan persaudaraan sesama Islam sehinggakan orang Islam itu diibaratkan oleh Rasulullah sebagai satu tubuh badan, apabila salah satu anggota sakit, maka keseluruhannya akan berasa sakit.
 
Dengan erti kata lain, orang yang hidup dalam serba kekurangan di dalam masyarakat mesti dibantu demi meringankan bebanan hidup yang mereka alami. Hidup manusia akan terbatas dan terkongkong apabila ada sekatan perasaan dan kejiwaan sesama manusia. Sebaliknya terbuka dan bebas (dalam peraturan dan undang-undang yang diperlukan) apabila ada kasih sayang dan saling mempercayai sesama insan.

Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat 'ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah s.w.t. :

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(Surah Al-Hashr 59: Ayat ke-9)


No comments: