7/31/2011

Terapi Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hari ini, merupakan 1 Ogos 2011 juga bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H. Ini bermakna hari ini bermulalah hari untuk kita umat Islam sedunia berpuasa sejajar dengan tuntutan Al-Quran. Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya terdapat rahmah, di tengah-tengahnya merupakan maghfirah dan dihujungnya adalah janji Allah S.W.T bagi mereka yang beriman dan ikhlas, yakni kebebasan dari dimasukkan ke api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut dengan hati terbuka oleh seluruh umat islam. Masjid dan surau dimeriahkan dengan solat terawih dan ceramah-ceramah.
Ini merupakan satu amalan yang bukan sahaja baik, namun amatlah dituntut kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati.
Begitupun, masih ada diantara kita tidak pernah merasai kenikmatan bulan yang mulia ini. Mereka seringkali menghadapi masalah dan mempunyai banyak kemusykilan sepanjang berpuasa. Puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga tidak membawa kita merasakan kenikmatan ramadhan. Ianya seharusnya dipenuhkan dengan pelbagai lagi aktiviti dan ibadah bagi menambahkan keimanan di dada, sesuai dengan umur kita yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Dan Firman-Nya:
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran".
(Surah Al-Asr: 1-3)

Walaupun begitu, terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan. DENGAN INI , MAKA SATU PANDUAN BERNAMA TERAPAI RAMADHAN adalah satu usaha kerdil untuk memenuhi KEKSOSONGAN INI. Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan. Seberapa daya, kami telah berusaha untuk memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

KLIK DISINI : http://fikrisoho.linktrackr.com/ramadhan

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman"
(Surah Azzariyat: 57)

Saya namakan produk ini Terapi Ramadhan kerana isi kandungannya adalah panduan yang boleh dijadikan tiket untuk kita menempah syurga yang telah dijanjikan bagi orang yang berpuasa. Amalan-amalan ikhlas kita dalam melaksanakan puasa ramadhan adalah jaminan untuk kita menuju ke syurga Allah. InsyaAllah.. Ini adalah realiti kehidupan. Kita harus berdoa agar amalan sepanjang bulan ramadhan kita diterima Allah S.W.T.Di sini saya kongsikan rahsia untuk menjadikan puasa anda lengkap tanpa kemusykilan, Insya-allah...
Semoga TERAPI RAMADHAN INI dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan dan rahmah Allah di bulan Ramadhan. Jika anda mahu rasakan semangat dan nikmat berpuasa di bulan penuh keberkatan ini dengan sebenar-benar nikmat.

SELAMAT BERPUASA

Lafaz Niat Puasa
niat puasa 





Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan

niat puasa sebulan

maksudnya :
'Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala'

assalammualaikum...

'Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia...semoga ramadhan ini kita semua beroleh keberkatan dan dapat mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah....' 

7/25/2011

" BIAR MUKA BURUK ASAL HATI CANTIK "

"Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah.  Wanita yang solehah ialah
perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara.  Jika ada
ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat"

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.  Pada kita seseorang itu tidak cantik, tetapi pada pandangan orang lain pula, ianya adalah seorang yang cantik.  Soalnya, di manakah letaknya kecantikan itu?  Mungkin pada pandangan kita orang perempuan, kalau seseorang perempuan gemuk itu tidak cantik, tetapi lain pula pada pandangan orang lelaki di mana ada lelaki yang melihat perempuan yang gemuk itu adalah cantik.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur sendiri untuk menilai kecantikan.  Sudah tentu kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.  Contohnya, sekiranya kita ukur kecantikan dari segi wajah, lama kelamaan wajah akan di makan usia dan akan berkedut dan tentulah ianya tidak cantik lagi.  Kalau kita ukur dari segi bentuk tubuh badan, sekiranya badan sudah semakin gemuk makan tiada lagi nilai kecantikan lagi pada tubuh badan.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh Allah lebih tepat dan betul.  Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak.  Kecantikan ini jika ada pada seseorang ianya akan lebih kekal.  Inilah penilaian kecantikan yang dinilai oleh Allah kerana kecantikan akhlak adalah satu kecantikan yang kekal abadi.

Oleh yang demikian, hendaklah kita bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita.  Bukan sahaja bersyukur dari segi kurniaan rezeki tetapi juga bersyukur dari segi kurniaan rupa paras dan kecantikan yang Allah beri.  Tugas kita adalah untuk memperindahkan lagi kurniaan Allah.

" Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit
pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak"

    Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan.  Di mana yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain.  Kecantikan itu bermula daripada dalam dan luar.  Maka, perlulah kita tanamkan dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi.  kemudian iman itu hendaklah dibuktikan dengan perbuatan yang baik.  Barulah kecantikan dalaman melambangkan kecantikan luaran.  Maka, perilaku dan perbadi kita akan nampak cantik sekali.  Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki.  Biar rupa buruk, tapi jangan buruk perangai.  Apa gunanya mulut yang cantik macam artis tetapi digunakan untuk mengumpat.  Apalah gunanya rambut yang cantik sekiranya tidak ditutup auratnya.  Dan apalah gunanya muka yang cantik tetapi mempunyai hati yang sangat jahat dan dengki.

 Apa yang penting di sini, biarlah orang kata muka kita buruk, hidung kita pesek, mata kita bulat, mulut kita yang terjuih namun kita mempunyai hati yang sangat cantik.  Maka, hendaklah kita bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan.  Tidak perlulah kita mengubah apa jua ciptaanNya kerana apa yang telah diciptakan oleh Allah, itu adalah sebaik-baik ciptaanNya.

Amin.....

7/20/2011

JIWA YANG SAKIT

Firman Allah s.w.t,
"Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,
siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya"
(surah al-Mulk 67:2)

Antara penyakit-penyakit hati ialah marah, gelisah, sedih, ragu-ragu, cinta dan rindu serta kejahilan.  Marah adalah penyakit hati yang paling merbahaya sekali kerana ianya boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.  Kerana penyakit marah lah yang menyebabkan jiwa seseorang manusia menjadi sakit.  Penyakit marah boleh dieskpresi kan dalam bentuk perbuatan/perlakuan dan memek wajah seseorang. Penyakit marah boleh menyebabkan hati semakin sakit dan menyebabkan kesihatan hati yang semakin kronik.  Segala dendam yang terluah adalah hasil daripada penyakit marah kerana ingin seseorang itu ingin mencari kepuasan diri.


7/09/2011

JANGAN LUPA BERDOA

Allah telah berfirman:
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Doa itu ialah ibadat.”

Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”.
(Riwayat Imam Ahmad)


Begitulah adat seorang insan yang selalu lupa tentang apa yang telah dikurniakan Allah yang hakikatnya lebih banyak berbanding permintaannya yang dianggapnya tidak dimakbulkan itu. Malah menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa ada waktunya Allah menggantikan apa yang dipinta oleh hamba-hamba-Nya itu dengan menghindarkan diri mereka dari ditimpa kemalangan ataupun apa-apa jua bentuk musibah. 

Dan ada ketikanya Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan dan dikurniakan sebagai ganti berupa ganjaran pahala di akhirat yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kepada hamba-hamba-Nya.

berdoa pun memerlukan adab..semoga doa kita didengar dan diterima oleh Allah s.w.t


"Jika Allah memakbulkan doamu, maka Allah akan meneguhkan kepercayaan kepada Nya, Jika Allah menangguhkan doamu, maka Allah menguji kesabaranmu,
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah tolong merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"


Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.

Apabila kita sakit, itu adalah penghapus dosa kita.  Namun begitu, janganlah kita lupa untuk berdoa kepada Allah, mohon agar diringankan sedikit kesakitan dan musibah yang ditimpa.  Tetapi percayalah bahawa segala musibah dan kesakitan yang Allah turunkan adalah untuk menguji kesabaran kita sebagai manusia.  Kita adalah insan yang Allah pilih untuk menerima segala ujianNya.


“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah yang lebih baik” (HR. Muslim 2/632).


Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, janganlah kita sebagai hamba Allah berputus asa untuk berdoa.  Ingatlah bahawa Allah senantiasa Maha Mendengar dan Maha Mengasihani hamba-hambaNya.  Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya kecuali atas kesanggupanNya.  Oleh itu, senantiasalah kita berdoa agar kehidupan kita di dunia ini senantiasa dilimpahi rahmat dan dalam lindungan Allah s.w.t

7/07/2011

MENGUMPAT

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud 

                   "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara 
                     yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

'Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Ghibah @ Mengumpat ialah menceritakan keburukan dan ke aiban seseorang kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, 

"di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Dosa mengumpat bukan sahaja tidak diampunkan oleh Allah kerana dosa pelaku hanya boleh diampunkan oleh orang-orang yang diumpatnya.  Betapa ruginya kita apabila mengumpat kerana dosa mengumpat adalah lebih besar dosanya daripada dosa berbuat zina.  Orang yang berzina, apabila ianya bertaubat, Allah akan ampunkan dosanya tapi orang yang mengumpat, apabila ianya mengumpat orang lain...hanya orang yang diumpati nya itu sahaja yang boleh mengampunkan dosa-dosanya..

Adakah kita ingin tergolong dalam golongan ghibah ini?Golongan ghibah ini sangat sinonim dengan kaum hawa..betulkah? Berdasarkan pemerhatian bunga, golongan ghibah ini bukan sahaja dimonopoli oleh golongan hawa malah golongan adam tidak kurang hebatnya.  Apabila kita lihat di mana sahaja, di kedai, di pejabat-pejabat, di sekolah, malah di masjid juga, orang masih tidak takut untuk mengumpat.  Pada mereka, mengumpat bukanlah satu dosa malah satu kepuasan kerana dapat menceritakan tentang keburukan orang lain.  Menunjukkan betapa hebatnya diri kita berbanding orang lain.

rancaknya kakak kita ni 'menganyam ketupat' ye....


Sabda Rasulullah S.A.W.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" 
(Hadis riwayat Abu Daud)

Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, adakah ianya satu kepuasan pada diri masing-masing kerana dapat membuka aib saudaranya sendiri.  Betapa orang-orang bukan Islam bertepuk tangan kepada kita kerana kita sendiri sebagai umat Islam sanggup menceritakan aib orang lain.  Berbaloikah kita solat setiap hari 5 waktu? Berbaloikah usaha kita menghabiskan duit sehingga beribu-ribu ringgit untuk pergi haji atau umrah?  Berbaloikah hidup kita dicampakkan oleh Allah ke neraka jahanam kerana sikap kita yang suka meratah daging saudara seislam kita sendiri? Berbaloikah hidup kita yang menyedekahkan segala pahala amal kita selama ini kepada orang yang kita umpat?

Marilah sama-sama kita fikirkan.  Biarlah segala amal yang kita buat selama ini berbaloi dengan usaha kita untuk melangkah menuju ke Syurga-Nya..amin...




7/06/2011

Musibah Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah SWT.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah SWT sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak termampu ditanggung oleh mereka...amin

7/05/2011

PUASA GANTI

        Alhamdulillah..setelah bulan Rejab maka bulan Syaaban pula menyusul..Dan tidak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.  Bermulalah seluruh umat Islam di dalam dunia ini menunaikan salah satu daripada Rukun Islam yang 5. Perlulah kita tanya kepada diri kita sendiri, adakah aku sudah menggantikan puasa Ramadhan yang lepas?

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2:184 bermaksud, "Maka sesiapa antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain"..

selamat berpuasa
      Masa untuk menggantikan puasa semula ibadah puasa amat panjang iaitu sepanjang 11 bulan selain bulan Ramadhan kecuali hari-hari yang tidak boleh berpuasa padanya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, hari-hari tasyrik (hari ke 11, 12 dan 13 dalam bulan Zulhijjah) dan dimakruhkan berpuasa pada hari Jumaat sahaja.

'Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin, bila tiba masa kita terpaksa melepaskannya. Andai
Ramadhan ini yang terakhir moga ia yang
terbaik di sisiNya'

Sebelum kita sama-sama mengalu-alukan kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, maka marilah kita usahakanlah mengqada' semua puasa yang tertinggal.  Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini merupakan bulan penuh nikmat dan membawa berkat kepada sekelian umat Islam. Amin...

7/03/2011

DUNIA HANYA SEMENTARA

sabda rasulullah s.a.w
         'Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik.  Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman.  Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya.   Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya'


'sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang-bercampuraduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta mengausainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur lebur seolah-olah ia tidak ada sebelum itu.  Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)'
                                                      (surah Yunus 10:24)

ALLAH mengambil segala nikmatNya dengan pelbagai cara..Oleh yang demikian, hendaklah sebagai hamba Allah..sebagai khalifah Allah kita bersyukur (bersifat qanaan) dengan segala kurniaan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.....

JAGALAH HATIMU

'carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran.  Jika kau tidak temui carilah hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.  Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru...'

Lazimilah membaca al-Quran kerana dengan membacanya ayat-ayat Allah, ia membantu untuk menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.  Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati..

assalammualaikum...

assalammualaikum...salam sejahtera...salam 1Malaysia.....

pertama kali berblogging...rasa macam teruja...rasa macam best...