"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara
yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
'Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Ghibah @ Mengumpat ialah menceritakan keburukan dan ke aiban seseorang kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili,
"di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Dosa mengumpat bukan sahaja tidak diampunkan oleh Allah kerana dosa pelaku hanya boleh diampunkan oleh orang-orang yang diumpatnya. Betapa ruginya kita apabila mengumpat kerana dosa mengumpat adalah lebih besar dosanya daripada dosa berbuat zina. Orang yang berzina, apabila ianya bertaubat, Allah akan ampunkan dosanya tapi orang yang mengumpat, apabila ianya mengumpat orang lain...hanya orang yang diumpati nya itu sahaja yang boleh mengampunkan dosa-dosanya..
Adakah kita ingin tergolong dalam golongan ghibah ini?Golongan ghibah ini sangat sinonim dengan kaum hawa..betulkah? Berdasarkan pemerhatian bunga, golongan ghibah ini bukan sahaja dimonopoli oleh golongan hawa malah golongan adam tidak kurang hebatnya. Apabila kita lihat di mana sahaja, di kedai, di pejabat-pejabat, di sekolah, malah di masjid juga, orang masih tidak takut untuk mengumpat. Pada mereka, mengumpat bukanlah satu dosa malah satu kepuasan kerana dapat menceritakan tentang keburukan orang lain. Menunjukkan betapa hebatnya diri kita berbanding orang lain.
![]() |
rancaknya kakak kita ni 'menganyam ketupat' ye.... |
Sabda Rasulullah S.A.W.
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
2 comments:
moga dapat mengingatkn diri sndiri
Kita semakin leka utk mngumpat krn merupakan perbuatan yg sgt seronok
Post a Comment