7/05/2011

PUASA GANTI

        Alhamdulillah..setelah bulan Rejab maka bulan Syaaban pula menyusul..Dan tidak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.  Bermulalah seluruh umat Islam di dalam dunia ini menunaikan salah satu daripada Rukun Islam yang 5. Perlulah kita tanya kepada diri kita sendiri, adakah aku sudah menggantikan puasa Ramadhan yang lepas?

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2:184 bermaksud, "Maka sesiapa antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain"..

selamat berpuasa
      Masa untuk menggantikan puasa semula ibadah puasa amat panjang iaitu sepanjang 11 bulan selain bulan Ramadhan kecuali hari-hari yang tidak boleh berpuasa padanya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, hari-hari tasyrik (hari ke 11, 12 dan 13 dalam bulan Zulhijjah) dan dimakruhkan berpuasa pada hari Jumaat sahaja.

'Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin, bila tiba masa kita terpaksa melepaskannya. Andai
Ramadhan ini yang terakhir moga ia yang
terbaik di sisiNya'

Sebelum kita sama-sama mengalu-alukan kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, maka marilah kita usahakanlah mengqada' semua puasa yang tertinggal.  Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini merupakan bulan penuh nikmat dan membawa berkat kepada sekelian umat Islam. Amin...

No comments: