2/12/2012

JANGAN SESEKALI HINA CIPTAAN ALLAH


 

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Tiba-tiba terpanggil diriku untuk mencoret sesuatu di lembaran blog ku ini setelah membaca kes tentang penghinaan ciptaan Allah ini.  Cuma aku ingin tahu, layakkah kita sebagai HAMBA ALLAH di muka bumi ini menghina tak kira manusia, haiwan atau pun segala ciptaan Allah??? Sedangkan kita ini juga adalah ciptaan Allah juga.  Sekiranya kita mengutuk seseorang itu hina...bermaksud kita juga adalah hina.  
 
Boleh kah kita menghina..'eh, ko ni gemoklah'...'pergi balik dan cermin muka ko yang macam tak siap tu'...'engkau ni tak cantik, so tidak layak untuk jadi isteri aku'...'engkau tak layak telefon aku, sebab engkau tak setaraf dengan aku'.....
 
cuba bayangkan betapa kecilnya hati mereka yang anda hina itu.  Penulis pernah mengalami situasi seperti ini...'sebab apa aku perlu angkat phone call engaku? ko tak layak nak bercakap dengan aku..engaku sapa n aku sapa'....walaupun peristiwa itu telah berlaku dalam tahun 2007/2008 tetapi sehingga saat ini terasa sembilunya menusuk ke dalam hati..bukan sekali malah berkali2....masyaAllah....
 
Sampai saat ini, sekiranya orang yang kita kecilkan hati mereka, sekiranya mereka tidak maafkan...agak-agaknya layakkah kita menghuni syurga Allah.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita mestilah berbuat baik sesama manusia.  Mereka bukan mengharapkan anda beritahu bahawa mereka cantik atau apa sahaja tetapi janganlah menghina ciptaan Allah itu.  'TIDAK CANTIK'...ada ke manusia di dalam dunia ini mahukan wajah yang tidak cantik..Jawapannya 'tidak' kan..kalu boleh, semua mahu menjadi seperti Siti Nurhaliza ataupun Neelofa...yang lelakinya pasti ingin menjadi seperti Aaron Aziz ataupun Syamsul Yusuf....
 
Tidak kiralah sama ada alasannya hanya 'ingin menyedarkan dia'....'tidak mahu mereka memberi harapan'...tidak bolehkah bercakap dengan elok...boleh terkoyak kah mulut kita andai mulut kita keluar perkataan yang elok2 sahaja........ 
 
Firman Allah SWT: 
 
 “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” 
 
 Al-Hujuraat ayat 11.
 
Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.

1. Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’ dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub (superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya. Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.

2. Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk mempersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk, ‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam suasana hidup zaman sekarang. 
 
Oleh yang demikian, sebelum kita menghina orang lain...kita lihat diri kita sendiri.....layakkah kita untuk menghina?
 
kita boleh hina orang lain andainya kita ini bukannya ciptaan Allah...kita boleh hina orang lain, andainya rezeki dan kekayaan kita sekarang ini bukan datangnya dari Allah...kita boleh hina orang lain andainya kita tidak tinggal di bumi Allah ini....
 
Apapun alasan yang kita lahirkan atas sifat mempersendakan/meremehkan/mencaci apa sahaja ciptaan Allah, memang tidak boleh diterima dan itu adalah kategori Menghina Ciptaan Allah..Rasa-rasanya berbaloikah segala amal kita selama ini?.... nauzubillah.....moga kita bukan tergolong dalam golongan ini (ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri juga)

9 comments:

Anonymous said...

Betul tu..sokong 100%

pu3 said...

Sokong sangat2

Aisha Ali said...

:'(

Unknown said...

Nk tanya berkata orang tu pondan trmask dlm ni x.

Unknown said...

Nk tanya berkata orang tu pondan trmask dlm ni x.

Unknown said...

Sakitnya rasa bila diri dihina seperti "anjing tua" hanya allah swt merasai betapa sakitnya jiwa ini

Unknown said...

Sakitnya rasa bila diri dihina seperti "anjing tua" hanya allah swt merasai betapa sakitnya jiwa ini

pencarian kehidupan said...

betul..akak melaluinya...lama nak hilang

pencarian kehidupan said...

uish..bukan pondan tetapi rakan sekerja