Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Boleh kah kita menghina..'eh, ko ni gemoklah'...'pergi balik dan cermin muka ko yang macam tak siap tu'...'engkau ni tak cantik, so tidak layak untuk jadi isteri aku'...'engkau tak layak telefon aku, sebab engkau tak setaraf dengan aku'.....
cuba bayangkan betapa kecilnya hati mereka yang anda hina itu. Penulis pernah mengalami situasi seperti ini...'sebab apa aku perlu angkat phone call engaku? ko tak layak nak bercakap dengan aku..engaku sapa n aku sapa'....walaupun peristiwa itu telah berlaku dalam tahun 2007/2008 tetapi sehingga saat ini terasa sembilunya menusuk ke dalam hati..bukan sekali malah berkali2....masyaAllah....
Sampai saat ini, sekiranya orang yang kita kecilkan hati mereka, sekiranya mereka tidak maafkan...agak-agaknya layakkah kita menghuni syurga Allah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita mestilah berbuat baik sesama manusia. Mereka bukan mengharapkan anda beritahu bahawa mereka cantik atau apa sahaja tetapi janganlah menghina ciptaan Allah itu. 'TIDAK CANTIK'...ada ke manusia di dalam dunia ini mahukan wajah yang tidak cantik..Jawapannya 'tidak' kan..kalu boleh, semua mahu menjadi seperti Siti Nurhaliza ataupun Neelofa...yang lelakinya pasti ingin menjadi seperti Aaron Aziz ataupun Syamsul Yusuf....
Tidak kiralah sama ada alasannya hanya 'ingin menyedarkan dia'....'tidak mahu mereka memberi harapan'...tidak bolehkah bercakap dengan elok...boleh terkoyak kah mulut kita andai mulut kita keluar perkataan yang elok2 sahaja........
Firman Allah SWT:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula
sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak
perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang
tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka)
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
Al-Hujuraat ayat 11.
Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.
1.
Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’
dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang
lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada
riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam
dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub
(superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama
yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya.
Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.
2.
Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk
mempersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci
dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk,
‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam
suasana hidup zaman sekarang.
Oleh yang demikian, sebelum kita menghina orang lain...kita lihat diri kita sendiri.....layakkah kita untuk menghina?
kita boleh hina orang lain andainya kita ini bukannya ciptaan Allah...kita boleh hina orang lain, andainya rezeki dan kekayaan kita sekarang ini bukan datangnya dari Allah...kita boleh hina orang lain andainya kita tidak tinggal di bumi Allah ini....
Apapun alasan yang kita lahirkan atas sifat mempersendakan/meremehkan/mencaci apa sahaja ciptaan Allah, memang tidak boleh diterima dan itu adalah kategori Menghina Ciptaan Allah..Rasa-rasanya berbaloikah segala amal kita selama ini?.... nauzubillah.....moga kita bukan tergolong dalam golongan ini (ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri juga)
9 comments:
Betul tu..sokong 100%
Sokong sangat2
:'(
Nk tanya berkata orang tu pondan trmask dlm ni x.
Nk tanya berkata orang tu pondan trmask dlm ni x.
Sakitnya rasa bila diri dihina seperti "anjing tua" hanya allah swt merasai betapa sakitnya jiwa ini
Sakitnya rasa bila diri dihina seperti "anjing tua" hanya allah swt merasai betapa sakitnya jiwa ini
betul..akak melaluinya...lama nak hilang
uish..bukan pondan tetapi rakan sekerja
Post a Comment