
Selepas habis sahaja darjah 6, aku melangkah ke alam menengah. Dah besar aku rasa masa tu. Aku bersekolah di sekolah menengah di area Johor Bahru. Kalau letak kat sini nama sekolah tu, confirm ramai yang kenal sekolah tersebut. Sekolah aku tu sekarang dah jadi sekolah kluster wei. Bangga betul aku. Aku pernah buat ROS kat situ selama 2 bulan setengah masa aku ambil jurusan pendidikan di Universiti Utara Malaysia. Jumpalah semula guru-guru aku di sana. Ingat lagi, sorang cikgu tu nama En Kutty. Unik namanya pada aku.

Semasa di awal tingkatan 1, aku sebenarnya diletakkan di kelas 1 C. Korang boleh bayangkan lah betapa malunya aku masa tu. Malu tau. Kenapa? Sebabkan aku dapat 4B. Rakan-rakan aku majoriti semua di kelas A dan B. Aku sampai tak keluar kelas la sebab malu nak berjumpa kawan-kawan atau terserempak dengan mereka. Aku ingat lagi, kelas aku di tingkat 1, manakala kawan-kawan aku semua di tingkat bawah tetapi berlainan blok.
Bermula titik itulah aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku rajinlah ulangkaji pelajaran. Memangla mak dan ayah aku tak berapa nak concern pasal pelajaran tapi itulah, aku sendirilah kena berubah. Tapi aku pelik budak zaman sekarang, macam-macam ibu bapa dah buat tetapi tak nak berubah. Aku tak perlu contoh orang lain. Contoh anak-anak aku sudah. Kecewa? Haruslah rasa kecewa tetapi aku tak putus asa. Selagi aku hidup, aku akan terus usaha dan beri nasihat pada anak-anak aku untuk berjaya.

Aku ingat aku hanya beritahu dua orang je rakan kelas aku, tapi entah macamana dah tersebar satu sekolah.
Aku ingat lagi peristiwa tersebut, masa tu kami baru masuk ke kelas untuk masa pertama..cikgu Bahasa Melayu ketika itu. Terkejut satu kelas, nama aku dan nama kawan aku ditulis di merata tempat, di dinding, di papan hijau, di setiap meja dan kerusi. Kalau tulis guna pensel tak apalah. Korang tahu guna apa. Guna pen marker. Terkejut gila aku. Kawan-kawan aku semuanya baik-baik belaka. Merekalah yang tolong bersihkan. Ada yang ambil tinner, ada yang guna pisau kikis. Aku? Aku hanya duduk dikerusi aku dan diam membatu. Sampai sekarang aku tak tahu siapa punya angkara. Ketika itu, memanglah sedih, malu semuanya bercampur baur. Sekarang, jadi kenangan manis. Kelakar. Aku melenting? Jawapannya haruslah tak. Aku semasa di sekolah menengah seorang yang sangat pendiam. Hanya berbicara dengan perempuan sahaja.

Tingkatan3 pula....stay tuned...bersambungla ye...ada koje nak buat ni setelah cuti selasa, rabu, khamis, jumaat...lama kan..ni sambung lagi sabtu dan ahad..Lemau badan den..hihhihihi