5/10/2018

PRU14 ( 9 MEI 2018 )

Image result for pru14PRU ke 14 pada 9 Mei 2018 menjadi titik tolak perubahan jentera kerajaan yang baru.  Ianya adalah satu sejarah di Malaysia di mana bekas Perdana Menteri dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke  7 sekali lagi.  

Seawal pagi aku sudah bangun.  Siapkan sarapan untuk anak-anak.  Mereka makan dan aku hantar 3 orang anak aku ke rumah adik yang berhampiran dengan aku.  Kemudian, dalam jam 9.30 pagi aku ke pusat mengundi.  Jauh aku parking kereta daripada pusat mengundi.  Aku mula mencari saluran pusat mengundi dan beratur bermula jam 10.30 pagi dan aku sah mengundi pada jam 1.40 petang (3 jam 10 minit) aku beratur dan berdiri.  Selalunya aku memang manusia yang jenis tak sabar.  Lazimnya aku dah blah dah tetapi tak tahulah hari tersebut, aku rela berdiri di tengah panas selama 3 jam lebih semata-mata untuk mengundi.

AKu mengundi siapa?  Biarlah rahsia..hihihi...Penat?  Haruslah penatkan..
Eh..eh..sepatutnya aku menulis berkaitan dengan diri aku masa sekolah menengah tapi disebabkan gelombang pru14 ini, better aku bercerita tentang ini supaya masa tua nanti, aku masih boleh mengimbas kenangan ini semula.

Aku sanggup tunggu hingga jam 2 pagi untuk mengetahui keputusan, tetapi malangnya official result masih belum keluar.  Ah, aku tidur dululah.  Tak pasal-pasal esok kat tempat kerja aku tidur.  Internet on 24 jam, semata-mata tak nak terlepas paginya nak tahu berita siapa yang menang.  Pagi-pagi lagi jam 6.10 pagi, rakan sekerja memberitahu, 'wei, confirm cuti 2 hari'.  Aku ni macam terpinga-pinga.  Betul ke?  Aku tanya orang lain, mereka jawab ya.  Tidak ada official announcement daripada Bos.  Risau gak.  Sehinggalah jam 6.30 pagi rakan dalam group Telegram memaklumkan sahih cuti.  Aku apa lagi, yuhuuuuuu...terus bangun solat Subuh.  Kalau 2 hari cuti selepas PRU-14 tu, dah sahih dah, aku dah tahu parti mana yang menang.
Image result for amanah
Sejujurnya, aku orang Johor.  UMNO di sana sangat kuat.  Aku pun adalah salah seorang daripada mereka.  Namun, apa yang kita lalui (orang-orang muda la - eh..eh, muda ke aku ni? hahhahahaha) sangat membebankan.  Korang mesti fahamkan.  Tampuk pimpinan setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.  Namun, aku rasa semua orang faham kenapa kita perlu ubah pentadbiran.  Ala, macam syarikat-syarikat lain juga..betul tak? Macam kat sekolah, nak perubahan maka kena ubah Pengetuanya.  Macam tu la yang rakyat mahu.  Aku sayang parti dahulu.  Aku juga sayang dengan Tun Mahathir.  
Aku ingat lagi, masa Tun letak jawatan pada tahun 2003, aku menangis senyap-senyap sebab sekeliling aku masing-masing bersyukur sebab Tun letak jawatan.  Balik rumah, aku baca balik artikel daripada suratkhabar (masa tu media sosial belum berleluasa lagi seperti sekarang), aku menangis bersungguh-sungguh.  Sedih sangat masa tu.

Hari ini ada 2 jenis kesediahan iaitu sedih tetapi sedih gembira.  Tun ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia semula.  Sedih hiba disebabkan terkuburnya BN setelah berdiri kukuh selama 60 tahun.  Aku rasa kedua-duanya patut mengambil iktibar atas apa yang berlaku.  Jadikan pengajaran.  Berlapang dada.  Anggap ini ketentuan Illahi.

Aku dan rakan-rakan amat berharap agar tampuk pimpinan yang baharu ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, zero rasuah, yang Islamik, yang saling sayang-menyayangi dan sentiasa bersatu padu tidak kira kaum.

Image result for tun mahathir terkini 2018Korang bayangkan, tak pernah lagi aku mengadap henfon berjam-jam lamanya untuk tahu keputusan PRU.  TIdak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, aku setia depan TV tengok pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu.  Ini semua disebabkan aku sayang negara aku, negara Malaysia.  Aku berdoa agar negara Malaysia sentiasa dalam lindungan Allah.  Selamat kembali Tun.  Walaupun usia Tun sudah 93 tahun, namun semangat Tun untuk negara Malaysia amat kami kagumi.  Sedikit sebanyak, semangat Tun itu mengalir dalam diri kami.  Kami doakan agar Allah lanjutkan usia Tun dan Tun sentiasa sihat walafiat.

No comments: