
Sekolah rendah aku merupakan seorang pengawas. Dulu mana ada pakai baju kurung dan tudung. Aku pakai penifore. Kelakarkan. Aku bukanlah seorang budak yang cerdik pun. Aku sederhana sahaja. Untuk dapat keputusan yang baik, aku kena usaha. Agaknya keputusan aku ok sikit, masa di darjah 4, aku dinaikkan ke kelas yang pertama iaitu Matahari. Aku ingat lagi ketika itu, aku bangga dapat masuk kelas Matahari bersama geng-geng pengawas..hihihi...
Aku bukanlah rajin sangat belajar masa di sekolah rendah. Pernah semasa di darjah 4, aku ditampar oleh seorang guru bahasa inggeris sebab tak siap kerja sekolah. Sakit woooiiiii. Tapi orang selalu kata, kalau kita kena tampar dengan cikgu bahasa inggeris, akan datang kita terror bahasa inggeris. Itu menipu je. hahahhahaha... OKlah bahasa inggeris aku, tak adalah teruk bebenor.
Masa di darjah 6 Matahari, tahun di mana aku akan menghadapi peperiksaan UPSR. Keluarga aku agak susah ketika itu. Mak aku mengambil upah mengopek ikan bilis dan buang ekor taugeh dengan upah 1 kilo rm 1.00 sahaja. Berguni-guni ikan bilis kat rumah aku. Setiap malam aku akan tolong mak aku. Mak aku pun tak kisah, sama ada aku belajar ke, aku buat kerja sekolah ke. Dia memang tak pernah tanya. Apatah lagi arwah ayah aku. Esok nak UPSR, malam ni aku pulun siang ikan bilis. Tapi aku redha je. Aku faham erti kesusahan. Sebab apa? Sebab aku anak sulung.

Boleh dikatakan setiap tahun, aku akan dapat hadiah tempat pertama semasa di sekolah agama. Selalunya mak ayah akan gembirakan anaknya dapat hadiah. Pernah satu hari, kawan sekolah aku bertanya pada guru besar, 'Ustaz, tak de orang lain ke dapat hadiah? Asyik dia ni je setiap tahun dapat nombor satu'..Aku bangga? Haruslah banggakan. Mak ayah aku bangga? Diaorang langsung tak tanya pun. Aku suruh mereka pergi tengok aku dapat hadiah, mereka tak datang pun. Aku marah dengan mak ayah aku? Tentu tidak. Kenapa? Aku faham situasi mak ayah aku. Sedih? Harus aku sedih. Aku ingat lagi nama ustaz, ustazah sekolah agama aku. Rindu dengan mereka. Semoga Allah lindungi mereka.

Selepas habis UPSR, keputusan aku memang mengecewakan. Aku dapat 4B tau. Tidak belajar langsung. Kat rumah sibuk tolong jaga adik, tolong mak siang ikan bilis, basuh baju (guna tangan tau, berus lagi). Kat sekolah belajar masa cikgu ajar sahaja. Tidak ada tuisyen, tidak ada buku latihan hanya mengharapkan guru. Tapi aku bersyukur, dengan 4B tu lah aku mula tahu erti penyesalan kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Aku mula malu kerana kawan-kawan aku semua hebat-hebat sebab mereka masuk kelas depan semasa di Tingkatan 1.
bersambung....
1 comment:
sedih
Post a Comment