5/02/2018

PERMULAAN KISAH HIDUP KU (2 MEI 2018) - AKU MULA MENULIS

Assalammualaikum dan selamat malam... (2 Mei 2018 - Rabu)

Hari ini rasanya tiba-tiba terpanggil nak update blog aku yang dah lama aku tinggalkan sejak tahun 2012 lagi..lama nya la hai.  Padahal aku dah tak ingat sebenarnya id n password aku dah.  Ini main tembak aje.  Niatnya memang aku nak tulis sesuatu atas blog ni.  Aku malas menulis.  Aku memang bukan seorang yang pandai menulis mahupun mengarang.  Aku semacam ingin mengabadikan kisah hidup aku dalam blog aku ini daripada aku kecil hinggalah aku dewasa sekarang.  Siapa nak baca?  Aku tak kisah itu semua.  Aku hanya mahu meluahkan segalanya pada blog aku agar akan datang aku boleh membaca lagi, mengingati memori-memori silam (manalah tahu, aku tua nanti).

Kenapa tiba-tiba?  Tiba-tiba rasa jauh hati, rasa sayu, rasa sedih. Kenapa?  Aku sendiri tidak mengetahui nya.


Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan agak pincang (walaweh, dasatkan ayat aku, padahal aku bukan cikgu bahasa :) ).  Arwah ayah aku pernah berkahwin sebelum arwah berkahwin dengan ibu aku.  Status perkahwinan pun aku tak pasti.  Tapi biarlah, itu antara arwah dengan Maha Pencipta.  Cuma aku mohon agar arwah ayah aku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Aku anak yang sulung daripada 4 orang adik beradik.  Ibu aku seorang yang garang.  Baik ibu mahupun ayah aku tak pernah ambil tahu hal-hal pendidikan aku.  Ala, orang dahulu, mana kisah pendidikan anak-anak ni.  Tidak macam orang sekarang, umur anak baru 3 tahun dah berebut nak hantar ke sekolah.  Korang bayangkanlah, esok nak UPSR malam ni aku masih duduk bersama mak dan adik-adik aku siang ikan bilis berguni-guni.  Tapi aku tak marah pun.  Sebab apa? Sebab arwah ayah aku ada orang lain.  Kehidupan kami agak susah selepas ayah aku ber isteri lain.  Ibu aku kena cari duit tambahan.

Maka, natijahnya aku dapat 4B disebabkan aku langsung tidak belajar.  Dalam kelas pun aku tak belajar pun.  Sibuk dengan pengawas dan main hoki.  Menyesal? Mmmmm...nanti aku sambung lagi masa aku naik ke sekolah menengah.

Kami tinggal di sebuah rumah flat di Bandaraya Johor Bahru.  Arwah ayah aku hanya seorang buruh kasar.  Ibu aku pula seorang suri rumah tangga.  Ibu aku memang garang.  Seriously wei, macam singa.  Rasanya singa lebih baik sikit daripada ibu aku..hihihihi.
Kami memang berpindah randah sebelum itu.  Menurut ibu aku, rumah flat tu adalah rumah yang ke 9 (kalau tidak silap).  Nanti aku tanya semula.  Aku masih ingat, aku berpindah ke rumah flat itu masa umur aku 9 tahun.  Masa baru sehari berpindah, aku terdengar arwah ayah dan ibu beritahu, ini rumah sewa beli selama 10 tahun.  Selepas 10 tahun, rumah ini jadi hak milik kami.  Aku menghitung setiap hari dan tahun selama 10 tahun.  Kenapa?  Tidak sabar rumah kami yang kecil ini, hanya mempunyai 2 buah bilik menjadi hak milik ibu dan ayah. ....bersambung....


No comments: